Pages

Tuesday, November 29, 2011

Friendly Bola Dengan Singapore

petang tadi friendly bola dengan team dri Singapore kat Bukit Jalil
memang best...
aku nak main "wing kanan" tapi coach soh main "midfield" plak..
dah la aku lemah main tengah ni.. huhu
agak mengecewakan jugak la permainan aku tadi hehe xDD
tapi takpe.. tadi coach puji cara aku main..
dia cakap "awak bagus, aggresive" hehe.. kembang2
lepas ni harap2 bleh men "wing" atau "keeper" :)
tapi okey la.. first time lawan bola dengan budak luar negara..
dpt banyak pengalaman..
dah ar pergi dengan balik naik KTM.. ape la coach tak nak sponsor bas huhu..
papahal memang TERBAIKK WOKK!!!

Tuesday, November 22, 2011

Kem Rekreasi Seni & Kebudayaan






18-19 November 2011
2 hari 1 malam yg tak puas... tapi best gilerr
banyak kawan, kenangan, dan ilmu yang aku dpat dari kem ni
korang memang terbaik..
aktiviti yang kitorang buat masa hari pertama..
treasure hunt... haha.. aku masuk team 4...
terjun kolam, mandi sungai, merangkak dalam lumpur..
dan kemudian team kitorang menang.. cayok2
macam2 lagi xD.. best gilerr
pastu malam tu plak dpat makan ayam barbique.. sedap woo..
lepas makan kitorang smbung dengan aktiviti Night Walk
pergi hutan pastu duduk sorang2.. tak seram mana pon sebenarnya..
sebab malam tu terang.. tak gelap macam selalu.. mata pon tak tutup.. ngantuk gak ar hehe
pastu sok pagi aktiviti jalan kat jambatan gantung dengan main rakit...
dan sekali lagi team kitorang menang lawan rakit hehe...
lepas tu dalam pukul 1 dah tiba time nak balik..
memang rasa tak nak balik je time tu hehe
ckgu yang kat sana tu hantar aku dengan Fazrul dekat KTM Putra..
first time naik KTM.. tak tau pape.. ikut fazrul je hehe..
jam 4:00 smpai kat Kepong Sentral.. nasib baik selamat sampai xD

*cerita yang tah pape dan ringkas.. hehehe

Friday, November 18, 2011

~ Kem Kebudayaan ~

semalam ckgu sesi pagi call aku..
dia ajak pegi kem.. perghh makettt...
dia suh ajak member sorang..
sebab kem ni dua orang je bleh pegi..
so aku ajak la Fazrul (kuda) member aku hehe..
dah dia je yang terlintas time tu nk wat cam mana kan..
lepas sembahyang jumaat gerak sana..
kat Ulu Langat, Lembah Pangsun..
2 hari 1 malam je..
sabtu petang dah blik sini balik..
harap - harap sempat pegi latihan bola.. huhu
k ar.. cauu~
RoGeR AnD OuT,

Thursday, November 17, 2011

Tak Boleh Tidur !



skrang dah pukul 2:51 a.m
x bleh nak tido huhu..
so keje aku skrang..
dengar lagu, edit video, edit gambar,
dan usha filem...
sok pagi ade lawan bola.. tpi x tido.. haha
memang x bersemangat nak main la sok.. xD
harap - harap bleh la tido lepas ni.. amin~
sejam pon x pe.. janji dpat tdo huhu..
cauuu.. adios amigos~

Tuesday, November 15, 2011

30 Tanda - Tanda Anda jatuh Cinta



Tadi bukak satu blog ternampak artikel ni..
so aku share la kat sini hehe..
"Sharing is Caring"


1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.


2. Perasaan sentiasa berdebar

Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.


3. Suka ambil tahu

Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan - kawannya

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.


5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawannya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.


6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan. (cari nahas)

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata 'Ya'
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 'Ya'. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.



Sunday, November 13, 2011

99 Ways To Love


1. Hug them.
2. Write a love note.
3. Call them at work just to say "Hi."
4. Give them a foot massage.
5. Tell them a joke.
6. Caress them with slow gentle strokes.
7. Go for a walk with them.
8. Send them a "happy gram."
9. Admit your mistakes. 
10. Say: "I love you."
11. Indulge a whim.
12. Listen to them talk about an interest of theirs.
13. Be trustworthy.
14. Instead of complaining, tell them what you would prefer.
15. Look at them when you're in a discussion.
16. Send flowers.
17. Compliment something they did.
18. Offer to help.
19. Ask them to show you how to do something.
20. Call when you are going to be late..
21. Take them out to dinner.
22. Write them a poem about how special they are.
23. Cut out a cartoon they'll enjoy.
24. Ask them what they'd like sexually.
25. Go shopping together.
26. Take an afternoon drive.
27. Cuddle.
28. Put your arm around them in front of others.
29. Take them out on a surprise date.
30. Do something they want to do.
31. Listen.
32. Plan a candle light dinner.
33. Look at old photos together.
34. Serve them breakfast in bed.
35. Hold hands.
36. Share sexual fantasies.
37. Do a work project together.
38. Rub their back.
39. Take a shower together.
40. Carry their photo in your wallet.
41. Go away together for a weekend holiday.
42. Kiss them.
43. Smile more when you look at them.
44. Go for a bicycle ride together.
45. Surprise them with "special" attire.
46. Plan a picnic lunch.
47. Read something together about how to have a better relationship.
48. Repeat what they say before answering.
49. Say "Good morning" first.
50. Ask if they have a few minutes first before interrupting.
51. Send them a card.
52. Surprise them with a gift when it's a non-holiday.
53. Cook them a favorite meal.
54. Try a new restaurant.
55. Ask them how they feel.
56. Let them know when you are proud of them.
57. Ask for their opinion.
58. Turn on some romantic music.
59. Dedicate a song to them.
60. Send them a balloon bouquet.
61. Watch a sunset together.
62. Play a game together.
63. Have them teach you something they know.
64. Tell them they have the night off.
65. Go to a movie they select.
66. Ask them for a hug.
67. Wear some new cologne.
68. Discuss future plans with them.
69. Ask if you can help when they look sad.
70. Ask them about their dreams.
71. Meet them for lunch..
72. Enlarge a scenic photo of a place you've shared..
73. Give them a gift certificate for their favorite store.
74. Tell them what you like about them.
75. Buy them a new perfume.
76. Take them to a scenic spot.
77. Send them a gourmet gift basket.
78. Send them a joke card.
79. Let them know when you've thought of them during the day.
80. Buy them a toy.
81. Compliment them to their friends.
82. Bring them a thirst quenching drink.
83. Tell them when they look attractive.
84. Send them a post card.
85. Invite them to a secret rendezvous.
86. Give them a massage.
87. Take a lesson with them.
88. Look at photos together of when you met.
89. Plan a vacation with them.
90. Listen openly to their opposing opinion.
91. Buy them a new piece of jewelry.
92. Watch a TV show they like with them
93. Write them a letter.
94. Listen to music with them, such as an old favorite.
95. Whisper sweet nothings in their ear.
96. Tell them what you like that they do.
97. Give a head massage.
98. Invite them to a concert.
99. Let them know you care.


Shahir AF8 - Pendam


ni lagu baru Shahir.. perghh sedap gilerrr...
first time dengar kat astro prima ari tu..
terus suka kat lagu nie :)
tahniah Shahir ..
Keep It Up!!




Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Saturday, November 5, 2011



semalam tak sempat nak update blog..
balik skola terus gerak rumah maktih aku..
pastu hari ni terus gerak kampung..
alhamdulillah, sampai jugak aku kat sini.
sebenarnya aku nak cakap pasal "Perlawanan Futsal 1 Malaysia" kat skola aku semalam..
memang terbaik.. tak sangka plak bleh menang semalam..
team2 yang power sume kalah ngan team aku.. haha
dapat la jugak sumbat 2 gol semalam.. kira rekod terbaik la tu hehe
team kitorang dapat hadiah RM40..
lepas bahagi 6 orang.. sorang dapat RM6..
kira okey la tuh.. aku bersyukur sebab menang.. hehe
k ar.. cau dulu..
bai2.. RoGeR AnD OuT,

Thursday, November 3, 2011



setiap orang menginginkan hubungan cinta mereka kekal sampai ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat mereka, bukan senang nak pelihara tapi sebaiknya kita mencuba untuk menjaganya, jadi disini nak kongsi dengan korang 10 tips memelihara cinta sejati
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih
namun apa yang dikongsikan disini hanyalah sekadar tips namun jika hubungan tersebut juga tidak dapat diselamatkan dengan tips2x ini, maka terimalah ia atas takdir
kita mampu merancang yang menentukan semua ini ialah Allah s.w.t kan..

Wednesday, November 2, 2011

4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda



Tadi ade terbaca artikal ini yang bertajuk..
" 4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda "
hurm rase - rase nya terjadi kat aku tanda- tanda ni huhu

Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?
Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?

Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?
Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.

Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? 
Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.

Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? 
Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.