Pages

Saturday, December 17, 2011

Kalah Tournament PKNS

... :'( ...
hari ni 17/12/2011 ialah hari malang bagi aku huhu..
pagi tadi sampai petang ade tournament bola kat Kelana Jaya..
PKNS yang anjurkan.. kira dia tuan rumah la..
aku main posisi Goalkeeper..
dipendekkan cerita..
kelab aku First International Soccer Academy ( FISA) masuk dalam kumpulan D..
semua team power gila nak mampos woo..
game pertama kitorang lawan team "Sevens Fc"
boleh tahan cekap jugak la aku sebab banyak tepis bola hehe..
kitorang kalah 0 - 1 dengan team tu huhu..
game kedua dengan ketiga plak aku spoil, sebab bolos 4 gol setiap satu game..
so keseluruhan 9 gol aku bolos hehe..
papahal memang kecewa betul sebab kalah teruk..
tapi takpe.. next tournament kitorang akan bangkit..
dapat masuk suku akhir pon dah dikira okey dah..
doakan aku berjaya menjadi Goalkeeper yang berjaya..
harapan aku ialah nak jadi Goalkeeper negara..
nak berdiri sama tarah dengan Khairul Fahmi Che Mat hehe..
Aminnnn~~
caucincau.
RoGeR AnD OuT,

Friday, December 16, 2011

Aku Nak Basikal Fixie

*gambar pakai letak je.. so, sekadar hiasan hehe



huhu.. dah lame tak update blog
maklumlah buzy ( :P ).. ceyh.. haha..
duduk nya aku kat depan pc ni sambil taip entri ni kat blog..
sebab aq nak cakap pasal basikal fixie huhu..
dulu aku ni kaki basikal jugak la..
sampai basikal lama2 aku dulu.. aku dengan kawan2 aku "modified"
kasi setting baik punya haha..
dulu popular basikal jenis "ji-pang" je..
sekarang orang dah pakai basikal fixie.. 
pergi mana2 je mesti jumpa orang tengah mengayuh fixie dengan bergayanya haha..
so, start dari sekarang aku berazam nak dapatkan fixie ni...
kalau bapak aku tak nak beli kan.. biar aku kumpul duit sendiri.. rompak bank ke ape.. muahaha
beli yang RM400-RM500 je.. klau nak beli yang harga RM900 ke atas memang "tak" laa.. haha
nanti kalau dah beli.. boleh lepak kat metropolitan dengan member2 fixie..
dekat area rumah aku ni ada 4 orang yang ade basikal nie..
taon depan mesti lgi ramai punya la.. termasuk la aku hehe..
okey la.. doakan aku berjaya beli fixie ni.. aminn~~

Tuesday, December 6, 2011

Tanda Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta





Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…


Thursday, December 1, 2011



*semalam abang aku bagi tahu pasal lagu baru V.I.P ni..

pastu terus la "search" kat youtube..
sekali dengar je terus jatuh cinta kat lagu ni hehe..
sebab tu la aku buat sebagai lagu kat blog aku ni..
sebab nanti bile bukak blog bleh terus dengar lagu ni.. xDD



Lirik Lagu Kemarau -V.I.P



Kau bilang kau sayang sepenuh hatimu
Tapi hanya mulut dipaksa bertutur
Keranaku sepi meskipun pun bersama
Rasa terpencil di dalam jiwa

Dirimu kini dah jauh berubah
Dari yang ku kenali dulu
Harapan tak memindah hakikat yang melanda
Cinta dah mengabai kau dan aku

Apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta
Menunggu masa untuk berpisah
Apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih
Kemarau air mata

Bila perasaan sayang makin guram
Sinaran harapan kelihatan kelam
Mulalah mencari salah dan membenci
Walau tak ketemu jawapannya

Dirimu kini dah jauh berubah
Dari yang ku kenali dulu
Harapan tak memindah hakikat yang melanda
Cinta dah mengabai kau dan aku

Apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta
Menunggu masa untuk berpisah
Apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih
Kemarau air mata

Setiap hariku termenung buntu 
Memikirkan nasib yang sudah menimpa cinta
Bukan salahku dan bukan salahmu
Mungkin kerana jodoh tak rela untuk bersama
Seumpama gurun menanti hujan 
Dijemur musim kemarau yang berpanjangan
Maka terhapuslah jiwa yang bernyawa
Seperti situasi di depan kita

Apa guna bersama

Apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta
Menunggu masa untuk berpisah
Apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih
Kemarau air mata
Kemarau air mata