Pages

Saturday, June 22, 2013

Hidup Baru Dunia Baru

Assalammualaikum :')
Lebih kurang setahun lebih tak menziarahi dan post kat blog ni. Banyak kenangan manis dan pahit aku dah post kat blog ni. suka duka kisah percintaan aku pun aku dah luahkan dekat sini :'). Kesemua post tu terpaksa disimpan dan tidak di publish kat blog ni. Ok sekarang ni kita tutup buku lama dan kita buka buku baru. Sekarang ni dah banyak yang berubah, belajar di tempat yang baru, kawan - kawan baru, dan bakal pindah ke rumah baru yang berlainan negeri iaitu negeri Pahang. (Cameron Highlands xD )

Sekarang ni aku dah jadi budak Kolej, tapi bukan kolej yang orang pandai - pandai masuk tu, Kolej Vokasional je. Takpa Kolej Vokasional pun dah dikira tempat belajar paling top sekarang ni. Beribu - ribu orang mohon tapi yang terpilih je dapat masuk tu pun ramai yang mintak pindah sekolah biasa balik, aku pun tak tahu apasal. Aku tak akan berpatah balik, aku akan berjuang habis habisan untuk mengejar impian aku nak dapat Diploma Vokasional 4 tahun dari sekarang iaitu 2016 nanti. Penantian yang berbaloi rasanya :').

Aku dapat Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong, Pahang. Kursus pulak dah semestinya kursus berkaitan dengan komputer sebab aku ni kaki komputer dan kadang kadang kaki gamers xD. Kursus tu diberi nama "Computer System & Networking". Kursus senang nak masuk dalam kepala otak sebab modul modul dia senang nak faham dan tak terlalu memeningkan kepala sangat. Aku suka kursus ni, aku suka pensyarah pensyarah yang mengajar aku, aku sayang budak budak kelas aku sebab diorang keluarga aku dekat Kolej tu :').

Celoteh panjang lebar aku habis kat sini je ye, jumpa di next post :'). RoGeR AnD OuT,

No comments:

Post a Comment